(Alkisah di Timur Tengah)
Alkisah, Mamat ditugaskan berkerja di Timur Tengah untuk beberapa minggu. Selalu sibuk dengan tugasan nye, hari ini barulah Mamat kesempatan untuk menghubungi isteri nye.
"... hello Abang, dalam berita cakap cuaca teruk kat sana."
"Aha. Minggu nie bagus sikit cuma dua kali je ribut pasir."
"Oh ya?"
"Yup, yang pertama tu bertahan sampai 4 hari dan yang kedua adalah sampai 3 hari."
*******
Alkisah, pada satu hari minggu, Mamat dan rakan nye menyewa kenderaan pacuan 4 roda untuk keluar berkemah di padang pasir. Setelah menikmati hidangan malam kambing golek bakar, mereka pun tidor kekenyangan. Beberapa jam kemudian rakan Mamat mengejutkan nye.
Sambil terlentang berbaring, rakan Mamat berkata "Tengok tu! langit."
Mamat menjawap "Wah cantik nye langit. Beribu-ribu bintang berkelipan. Indah nye alam maya ciptan tuhan yang maha esa. Rasa kecik sangat manusia kalau di bandingkan dengan seluruh alam semesta nie. Kau tahu, pada zaman dahulu bintang-bintang nie lah menjadi petunjuk arah pada pengembara-pengembara di padang pasir."
"Eh apa yang kau merepek ni Mamat. Kemah kita dah hilang la. Tu yang nampak langit tu"
*******
Alkisah, Mamat sedang menjamu selera sambil mata nye memandang keluar tingkap. Di tengah-tengah pembahagi jalan terlihat kelibat pekerja-pekerja asing sedang tekun berkerja. Mula-mula Mamat melihat seorang pekerja mengali lubang, kemudian datang pula pekerja kedua menimbus balik lubang yang baru digali tadi. Perbuatan ini diulang-ulang hingga ke kepala simpang.
Hairan dengan pekerjan yang dilakukan, Mamat pun menghampiri mudir(penyelia) dan bertanya kenapa seorang pekerja mengali lubang dan kemudian seorang pekerja lagi menimbuskannye balik. Mudir itu menjelaskan bahawa pekerja yang sepatutnye menanam pokok cuti sakit hari ini.
*******
Alkisah, setelah ditunjuk beberapa kali, Abdulah, pelanggan Mamat di Timur Tengah masih tidak dapat melakukan tugasan yang diberikan. Kecewa dengan kegagalan nye, Abdulah mula bermasam muka. Dia juga mula meninggikan suara. Dia cuba menyalahkan Mamat di atas kegagalan nye. Mamat yang tadinye tenang berasa tidak puas hati diperlakukan begitu tetapi dia tak berapa kesah sangat.
Di masa Abdulah masih lagi membebel, Mamat teringat kata Kiai Hamzah. Kiai Hamzah berpesan, kalau ada orang tinggikan suara, marah-marah hingga sampai merah mukanye, kamu tepuklah bahunye sambil berkata "Selawatlah keatas nabi". Nescaya ianye akan sejuk dah tenang kembali.
Mamat pun cuba mengkotakan apa yang dipelajari nye dari Kiai Hamzah, dia mengangkat tangan dan lalu menepuk bahu Abdulah tetapi pada masa yg sama jugak Abdulah menoleh ke arah Mamat.
Pelepuk! tapak tangan Mamat melekat betul-betul di tengah dahi Abdulah.
No comments:
Post a Comment