(lost in translation)
Dalam cerita Combat apabila sergeant berkata "Take five"
dalam sarikata nye tertulis "Angkat lima"
Dan bila sergeant menjerit "Everybody Duck!"
sarikata tu tertulis "Semua Orang Itik!"
Tajuk-tajuk wayang Holywood yang di alih bahasa pulak,
1. 'Tuan dan Puan Smith' untuk 'Mr & Mrs Smith'
2. 'Keseorangan Di Rumah 3' untuk 'Home Alone 3'
3. 'The Day After Tommorow' diringkaskan menjadi 'Lusa'
3. 'Paycheck' menjadi 'Cek Gaji'
4. Cerita Chuck Norris 'Sidekicks' jadi 'Tendangan Sisi'
Agaknye kalau di alih bahasakan tajuk wayang 'King Kong' sure jadi 'Raja Kong'
Satu lagi, ada tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara Oprah berkata "I didn't want to hear about it. Period."
Sarikata di bawah skrin bertulis "Saya tak mahu mendengar tentang itu. Menstruasi."
Di sebuah zoo mini, papan tanda di tepi kandang burung kasawari
"Tolang jangan berikan makanan kepada binatang2. Jika anda ada makanan yang sesuai. Sila serahkan kepada penjaga.
Please do not feed the animals. If you have any suitable food, give it to the guard on duty."
Bunyinye macam guard tu pulak yang nakkan makanan tu.
Di dalam bilik hotel yang namanye di rahsiakan
"Jika inginkan suhu yg sesuai,sila kawalkan sendiri.
If you want just temperature in your room, please control yourself."
Please control yourself - hehehehe... Bunyinye macam suruh jaga diri jangan over
Dan akhir sekali, apabila Mamat dia arahkan untuk menghadiri satu upacara menandatangani MOU di Timur Tengah, bila dia terlihat banner besar di atas pentas tertulis
"We Welcome Everybody to Our Singing Ceremony"
1 comment:
lawak laaa u nie..i like:p
Post a Comment