Thursday, August 12, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Friday, April 9, 2010
Telatah Tasha 7: Dah Pandai
previously.
Tasha: Mama, bagi kertas dgn pen.
Mama: Nak buat apa? Tasha tu tulis pun tak pandai lagi.
Tasha: Dah pandailah tadi Tasha dah mkn kismis minda.
*******
Tasha: Mama... mama.
Mama: Ia Tasha. Ada apa?
Tasha: Tasha dah pandai ckp English.
Mama: Ha, ckp le mama nak dgr.
Tasha: A, B, C, D, E, F, G, H, I, J ...
Tuesday, April 6, 2010
Alkisah, XII
Alkisah, ada satu malam tu isteri Pak Pandir terbangun dari tidor dan melihat Pak Pandir sedang memerhatikan anak mereka yang baru lahir. Dalam diam dia melihat Pak Pandir berubah-ubah emosi, mula muka berkerut, kemudian tersenyum, kejap mulut terbuka, tersegih dan gelangkan kepala pun ada.
Istri Pak Pandir tersentuh dengan kelakuan, lalu menghamprinya dan berbisik.
"Apa yang abang pikirkan tu. Macam tak percayakan."
Pak Pandir pun menjawap,
"Yelah, macam tak percaya je. Macam manalah Ikea boleh jual baby court in dengan harga rm99 saja."
*******
Alkisah, pada satu hari minggu Pak Pandir berada dirumah menjaga anaknya yang baru lahir. Seketika kemudian isteri Pak Pandir pun pulang dari kedai dan berkata,
"Masa untuk menyusu bayi nie, pergi ambik anak kita."
Sambil menonton tv Pak Pandir pun berkata,
"Kejap lagi la."
Lima minit kemudian isterinya sekali lagi memintanya mengambil bayi untuk di susukan. Pak Pandir pun menjawap,
"Nanti la. Tunggu dia nangis dulu."
"Hey, apasal pulak nak tunggu dia nangis dulu?"
"Yelah kena tunggu dia nangis dulu sebab saya dah lupa mana saya letak budak tu."
Friday, March 19, 2010
Thursday, March 18, 2010
Professional Project Manager Pop Kuiz 1
Anda bosan dengan perkerjan anda sekarang? Bercita-cita untuk mengarah orang pulak? Anda rasa anda layak untuk menjadi seorang Project Manager yang professional?
Cuba kuiz pendek di bawah. Ada empat soalan bertujuan untuk menentukan sama ada anda layak menjadi seorang Professional Project Manager atau tidak. Sila jawap dahulu sebelum menyemak jawapan yang betul.
Soalan 1: Bagaimana caranya untuk masukkan zirafah ke dalam peti sejuk?
Jawapan: ???
Jawapan yang betul: Buka pintu, masukkan zirafah dan tutup balik.
Penjelasan: Untuk menjadi seorang Project Manager yang professional, anda mestilah pantas menjawap. Jadi sentiasalah berfikir secara ringkas. Jangan bebankan otak anda dengan rasional, logik atau ilmiah.
Soalan 2. Bagaimana caranya untuk masukkan gajah ke dalam peti sejuk
Jawapan: ???
Jawapan: Kalau anda jawap, buka pintu, masukkan gajah dan tutup balik. Jawapan anda salah. Jawapan yang betul ialah buka peti sejuk, keluarkan zirafah, masukkan gajah dan tutup pintu.
Penjelasan: Sebagai seorang Project Manager yang professional yang berjaya anda mestilah menujukkan kehebatan diri anda dengan menambah-nambahkan jawapan walaupun jawapan yang diberikan itu sudah memadai.
Soalan 3. Harimau, si raja rimba memanggil semua binatang-binatang datang bermesyuarat. Semua binatang hadir kecuali seekor. Apakan binatang yang gagal hadir itu.
Jawapan: ???
Jawapan: Gajah, kerana gajah masih lagi dalam peti sejuk.
Penjelasan: Project Manager yang professional mestilah mementingkan mesyurat. Tiada alasan untuk mengelak mesyurat walaupun tersekat di dalam peti sejuk.
Soalan terakhir 4. Di dalam hutan ada satu sungai yang tidak berjambatan dan penuh dengan buaya-buaya lapar, bagai mana anda hendak menyeberangi sungai tersebut.
Jawapan: ???
Jawapan: Anda berenang. Bukankan semua bintang sedang menghadiri mesyuarat.
Penjelasan. Akhir sekali seorang professional Project Manager mestilah bijak mengumpul maklumat, menganalisa dan seterusnya mencapai konklusi yang salah.
Sekirannya anda gagal salah satu soalan di atas, ini bermakna anda belum lagi layak menjadi Professional Project Manager. Cuba lagi lain kali.
Friday, March 5, 2010
Back to square one
We have been using an Excel spreadsheet for our KPMT (timesheet) for years to record all day to day activities. However, recently HR try to push for online system. Here how they implement it.
List of HR emails to employees
Email 1:
To all employees, please note that instead of using the existing Excel spreadsheet for our KPMT (timesheet), we will use new online system."
Email 2, a few hours later:
"Correction, the link for online KMPT server in previous email was incorrent the correct link is..."
Email 3, early of the month:
"To all employees, the new online KPMT is experiencing some difficulties, please hold off on your submissions until we fix the problem."
Email 4, the next day:
To clarify, for the moment employees can use the new system for view only until we fix the security bug"
Email 5, the day after:
"To all employees, the online KPMT is operational again. However don't click on report button, because it will slowdown the system"
Email 6, two later:
"To all employees, some of you have been putting information incorrectly, a reminder that the instructions are posted."
Email 7, end of the month:
"To all employees, due to difficulties with the new online timesheet, we request that you do not input your information directly. Instead, we will sent you an Excel file to be fill up."
Lastly, email from employee to HR.
"Dear HR, please stop bothering us all until you have this thing sorted out once and for all."
Friday, February 19, 2010
Alkisah, XI
Alkisah, pada satu malam, Encik Polis yang sedang bertugas di roadblock menahan Pak Pandir yang tidak membuka lampu depan motosikalnya.
En. Polis : Apasal tak bukak lampu depan? Bahaya nie.
Pak Pandir: Oh! Malam inikan sudah terang, tengok di sini ada lampu di situ ada lampu, di sana pun ada lampu jadi motor tak payah buka lampu lah.
Encik Polis tidak puas hati dengan jawapan yang di berikan lalu memancitkan tayar motosikal Pak Pandir.
Pak Pandir : Apa pasal ini Tuan? Macam mana saya nak balik rumah?
En. Polis : Oh! Malam inikan berangin, rasa di sini ada angin, di situ anda angin, di sana pun ada angin jadi motor tak payah pakai angin lah.
*******
Alkisah, pada satu malam yang lain pula, Encik Polis yang sedang membuat rondan terserempak dengan Pak Pandir yang sedang berjalan kaki. Dengan rasa ingin membantu Encik Polis pun berhenti di hadapan Pak Pandir.
En. Polis: Ini dah dekat pukul 2 pagi. Apa yang kamu buat di sini?
Pak Pandir: Saya nak pergi dengar ceramah nie.
En. Polis: Dengar ceramah? Sapa pulak nak bagi ceramah tengah malam buta nie.
Pak Pandir: Isteri sayalah Tuan. Ini saya lewat balik rumah mesti kena ceramah nie.
Friday, February 12, 2010
Alkisah, X
Alkisah, Pak Pandir yang masih lagi gagal mendapat kerja masih temuduga
Encik Temuduga: Awak tak ada banyak pengalaman dalam bidang ini tetapi kenapa hendak jugak mintak gaji tinggi.
Pak Pandir: Macam ini tuan. Kerja akan menjadi bertambah susah kalau kita tak tahu macam nak buat. Jadi kalau kerja susah gaji kena lebihlah kan.
*******
Pak Pandir menghadiri temuduga sebagai Pereka Dalaman.
Encik Temuduga: Jadi kenapa anda berminat dengan kerja ini.
Pak Pandir: Dalam iklan encik tulis memerlukan seorang yang berimaginasi tinggi. Ha! Saya memang sorang yang pandai mengarut.
Thursday, January 28, 2010
Telatah Tasha 6: Sekolah
previously.
Mama: Tasha, uncle tanya Tasha sekolah mana.
Tasha: Smart school.
Uncle: Adik Tasha pulak sekolah mana.
Tasha: Smart tag.
*******
Tasha: Mama. Hari nie Tasha belajar lagu baru kat sekolah.
Mama: Lagu apa.
Tasha: Neraka Ku.
Mama: Ha! NegaraKu kot.
Tasha: A'aa nerakaku.
Friday, January 15, 2010
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)




