RE: MEMO NO. 20090210-0314(U)
U/P: Semua Perkerja.
Semalam Majlis Mesyuarat Pegurusan telah dilangsungkan. Berikut adalah etika perkerjaan yang baru yang telah diluluskan.
1. TATACARA BERPAKAIAN
Adalah dimaklumkan anda hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai dengan tangga gaji anda.
Jika anda dilihat membawa tas tangan Louis Vuitton dan memakai sepatu Stuart Weitzman, anda akan kami andaikan berkemapuan tinggi dah oleh itu tidak memerlukan kenaikan gaji.
Jika pula anda hanya memakai t-shirt percuma syarikat berserta dengan seluar kargo yang seminggu tidak berbasuh. Ini memandakan anda gagal mengurusakan kewangan anda dengan betul. Oleh itu, selagi anda tidak menguruskan kewangan anda dengan lebih baik anda jugak tidak layak untuk menerima kenaikan gaji.
Akhir sekali jika anda seorang yang berpakai kemas dan berketerampilan ini bermakna syarikat telah berjaya menetapkan tangga gaji anda dengan betul. Oleh itu anda jugak tidak perlukan kenaikan gaji.
2. CUTI SAKIT
Mulai minggu depan kami tidak lagi akan memerima sijil pengesahan sakit (MC) dari mana-mana doktor.
Jika anda mampu bangun pergi berjumpa doktor untuk mengambil MC, ada jugak patutnya berkemampuan untuk datang kerja.
3. WAKTU REHAT
Untuk meningkatkan produktiviti dimasa ekonomi yang tidak menentu ini, waktu rehat tengah-hari telah di kurangkan. Perubahan waktu ini akan berkuat-kuasa minggu depan.
Bagi perkerja-perkerja yang kurus kerding akan diberikan 30 minit waktu rehat. Ini bagi membolehkan anda makan banyak supaya nampak lebih sihat dan sedikit berisi.
Untuk perkerja-perkerja yang berbadan sederhana, anda patut mengekalkan bentuk tubuh badan anda dengan hanya memakan buah-buahan dan sedikit karbohidrat oleh itu anda diberi 15 min masa rehat.
Untuk perkerja-perkerja yang gemuk, anda akan di berikan waktu rehat hanya selama 5min. Ini adalah cukup untuk anda menelan pill diet dan ke tandas.
Terima kasih atas kesetian anda kepada syarikat. Kami di Jabatan Pengurusan Sumber berusha untuk menyediakan pengalaman perkerjaan yang menyeluruh untuk anda. Segala pertanyaan, kemuskilan, permasaalahan, ketidak-puasan, permakian and cadangan diharap dapat di rujukan ketempat lain.
Sekian dan Selama beramal.
Yang menurut perintah,
Sutradara
Jabatan Pengurusan Sumber.