Thursday, March 18, 2010

Professional Project Manager Pop Kuiz 1

Anda bosan dengan perkerjan anda sekarang? Bercita-cita untuk mengarah orang pulak? Anda rasa anda layak untuk menjadi seorang Project Manager yang professional?
Cuba kuiz pendek di bawah. Ada empat soalan bertujuan untuk menentukan sama ada anda layak menjadi seorang Professional Project Manager atau tidak. Sila jawap dahulu sebelum menyemak jawapan yang betul.

Soalan 1: Bagaimana caranya untuk masukkan zirafah ke dalam peti sejuk?
Jawapan: ???

Jawapan yang betul: Buka pintu, masukkan zirafah dan tutup balik.
Penjelasan: Untuk menjadi seorang Project Manager yang professional, anda mestilah pantas menjawap. Jadi sentiasalah berfikir secara ringkas. Jangan bebankan otak anda dengan rasional, logik atau ilmiah.

Soalan 2. Bagaimana caranya untuk masukkan gajah ke dalam peti sejuk
Jawapan: ???

Jawapan: Kalau anda jawap, buka pintu, masukkan gajah dan tutup balik. Jawapan anda salah. Jawapan yang betul ialah buka peti sejuk, keluarkan zirafah, masukkan gajah dan tutup pintu.
Penjelasan: Sebagai seorang Project Manager yang professional yang berjaya anda mestilah menujukkan kehebatan diri anda dengan menambah-nambahkan jawapan walaupun jawapan yang diberikan itu sudah memadai.

Soalan 3. Harimau, si raja rimba memanggil semua binatang-binatang datang bermesyuarat. Semua binatang hadir kecuali seekor. Apakan binatang yang gagal hadir itu.
Jawapan: ???

Jawapan: Gajah, kerana gajah masih lagi dalam peti sejuk.
Penjelasan: Project Manager yang professional mestilah mementingkan mesyurat. Tiada alasan untuk mengelak mesyurat walaupun tersekat di dalam peti sejuk.

Soalan terakhir 4. Di dalam hutan ada satu sungai yang tidak berjambatan dan penuh dengan buaya-buaya lapar, bagai mana anda hendak menyeberangi sungai tersebut.
Jawapan: ???

Jawapan: Anda berenang. Bukankan semua bintang sedang menghadiri mesyuarat.
Penjelasan. Akhir sekali seorang professional Project Manager mestilah bijak mengumpul maklumat, menganalisa dan seterusnya mencapai konklusi yang salah.

Sekirannya anda gagal salah satu soalan di atas, ini bermakna anda belum lagi layak menjadi Professional Project Manager. Cuba lagi lain kali.

No comments: