Wednesday, January 14, 2009

Pekerja di kehendaki segera

Sekarang ramai benar orang bertukar kerja. Banyak jawatan-jawatan kosong dalam berbagai bidang. Kalau nak ditemuduga seorang demi seorang memang lambat dan memakan masa. Lagi pulak pening nak cari orang yang benar-benar layak. 
Jadi ini ada cadangan utuk mana-mana syarikat yang nak carik calon yang sesuai dengan cepat dan pantas.
 
1.  longgokkan dalam satu bilik besar dengan 3 atau 4 ratus batu-bata merah. 
2.  Masukkan semua calon-calon dalam bilik tersebut dan kunci pintu.
3.  Biarkan mereka bersendirian selama 5 atau 6 jam.
4.  Selepas 5 jam perhatikan mereka.
 a.   kalau ada yang tengah mengira batu letak mereka dalam Accounting.
 b.   kalau ada yang mengkritik pasal batu-batu itu letak mereka dalam QA.
 c.   kalau ada yang tengah susun batu buat rumah batu letak mereka dalam Engineering.
 d.   kalau batu-batu dah di pecah dan hancur-hancurkan, letak mereka dalam IT department.
 e.   kalau tak habis-habis susun batu yang sama, letak mereka dalam Sofware Developemnt. 
 f.   kalau duduk diam tak buat apa-apa, letak mereka dalam Human Resources.
 g.   kalau awal-awal lagi dah terus balik rumah, letak mereka dalam Consultant.
 h.   kalau tengah kira komision utung jualan batu, letakkan mereka dalam Sales.
 i.   kalau pandai baling batu sembunyi tangan, letak mereka dalam Coperate Communication.
 j.   kalau asik bertanya kenapa batu tu tak di alihkan lagi, letak mereka dalam Project Management.
 k.   kalau asik bersembang sesama sendiri, letak mereka dalam Markerting.
 l.   dah akhir sekali kalau ada yang tengah tidor lantiklah jadi Management.

No comments: