Wednesday, January 21, 2009

Alkisah, IV

Alkisah, ada satu hari Mamat meninggal kan pejabat agak lewat malam. Apabila dia lalu di depan bilik document, dia terlihat Pengarah Urusan yang baru berdiri berdekatan dengan shredder dengan muka bermasalah. 

Mamat pun menegur nye. Pengarah Urusan itu pun berkata 
"Mamat, ini ada beberapa surat penting dari BOD. Selalu setiausha saya yang uruskan tetapi memandangkan dia dah pulang, boleh tak awak tunjuk macam mana nak guna..."
Dengan semangat untuk membodek boss baru nye, Mamat pun menjawap 
"Oh. Itu tiada masaalah." 

Lalu dia pun mengambil surat-surat tersebut, menghidupkan shredder dan memasukkan surat-surat itu. 
"Oh macam tu. Bagus, bagus! Tolang buatkan dua salinan yea. Terima kasih."  

*******

Alkisah, dari jauh lagi Tok Sidang sudah nampak Lan berjalan mendekatinye sambil mengheret seekor kambing. 
Apabila Lan menghampirinye, Tok Sidang pun bertanya 
"Ini apa cerita pulak. Kenapa dengan kamu? Kenapa kamu heret kambing itu?"
"Tok Sidang." Jawap Lan dengan muka yang hiba. 
"Saya berterus terang sahaja lah dengan Tok. Saya ada hutang keliling pinggang. Jadi bila tadi saya ternampak kambing ini lalu terus saja saya mencuri nye. Dengan cara ini sajalah saya rasa saya dapat melangsaikan hutang-piutung saya.Tapi saya tak sampai hati. Saya rasa bersalah amat sangat. Saya bukan seorang pencuri. "

"Jadi Tok Sidang ambiklah kambing nie"
"Iss! Nak buat apa aku dengan kambing nie?"
"Hmm... Tok tolonglah ambik kambing nie" rayu Lan lagi. 
Tok Sidang mula merasa simpati pun berkata 
"Tak nak aku. Kamu serahkan je balik kepada tuan nye"
"Saya dah cuba Tok tapi tuan nye tak nak terima" jawap Lan.

"Oh kalau tuan nye tak hendak terima itu makna nye dia dah sedekahkan kambing tu pada kamu. Bawaklah kambing tu ke pasar, jual dah langsaikan hutang-hutang kamu tu."
"Terima kasih Tok. Tok Sidang memang seorang yang bijaksana."

Lan pun beredar bersama kambing nye itu. Tok Sidang yang tersenyum kepuasan berjalan menuju balik ke rumah. Baru sahaja dia menjejak kaki nye di halaman rumah. Dia terdegar isteri nye menjerit.
"Abang haji! kambing kita hilang seekor!"

*******

Alkisah, setelah selesai menyampaikan kursus cara-cara penjimatan masa, Mamat pun berkata
"Ini ada satu nasihat. Janganlah guna teknik-teknik yang kita pelajari ini di rumah."  
"Kenapa?" tanya salah satu peserta kursus.

"Dah bertahun saya memerhatikan isteri saya menyediakan sarapan pagi." Mamat menerangkan
"Dia selalu berulang-alik dari peti sejuk ke dapur kemudian meja makan dan kembali ke dapur. Selalu dengan cuma membawa satu barang."
Jadi saya cadangkan kepada dia.
"Sayang dari awak dari berulang-alik membawa mentaga, kopi dah roti bakar tu satu persatu, apa kata awak cuba bawak semuanye sekali gus. Ia lebih menjimatkan masa." 

"Jadi adakan iya berjaya menjimatkan masa?" tanya peserta kursus di kerusi belakang.
"Yah. dah berkurang 7 minit sebab sekarang saya kena buat sarapan sendiri."

No comments: