Alkisah, pada satu hari Mamat sedang mengendalikan satu kelas pengaturcara komputer. Bagi menujukkan kepentingan membuat sesuatu program dengan betul, Mamat memulakan kelasnya dengan satu persoalan.
"Katakanlah syarikat anda membuat aplikasi penerbangan."
Kata Mamat kepada pelajar-pelajarnya.
"Pada satu hari anda mendapat maklumat bahawa kapal terbang yang sedang anda naiki ada dilengkapkan dengan system yang direka cipta oleh anda dan kumpulan anda."
Mamat kemudiannya bertanya.
"Jadi berdasarkan maklumat tersebut, sesiapakan di sini akan serta-merta terus turun dari kapal tersebut?"
Sebelas dari dua belas pelajar mengangkat tangan. Mamat memandang pelajar yang kedua-belas itu dan berkata.
"Taniah! Nampaknya hanya kamu seorang saja yang yakin dengan aplikasi kamu"
Pelajar itu dengan selambanya menjawap.
"Ya saya yakin jika team sayalah yang menulis applikasi tersebut nescaya kapal terbang itu langsung tak akan bergerak. Jadi tak perlu tergesa-gesa untuk keluar."
*******
Alkisah, Mamat sedang memasuki pantry apabila terdengar perbualan dua orang rakan sepejabatnya. Seorang dari mereka sedang bercerita.
"... pada pendapat aku, ada teman wanita lagi best sebab boleh pegi jejalan, makan-makan dan tengok wayang sama-sama. Banyak benda boleh kongsi bersama dengan teman wanita."
Tidak puas hati, kawan Mamat yang seorang lagi pun menjawap.
"Tak lah. Ada isteri lagi best. Makanan, pakaian dan semuanya ada orang uruskan. Bagi akulah ada isteri, hati kita lagi senang."
Gagal mendapat kata sepakat kedua-dua rakat Mamat pun menoleh kepadanya dan sorang rakannya itu pun bertanya.
"Ha. Mamat. Kalau kaulah, mana lagi best ada teman wanita ke ada isteri?"
"Bagi akulah kan..."
Mamat menjawap sambil mengacau kopinya.
"Lebih bagus kalau ada dua-duanya sekali gus. Sebab nanti apabila isteri aku ingat aku sedang bersama teman wanita dan teman wanita aku pulak ingat aku bersama isteri, bolehlah aku datang pejabat dan buat kerja dengan aman."
No comments:
Post a Comment